Monday, May 31, 2010

Tukar cara kita berniaga

Ramai orang cuba untuk menambah pendapatan dengan mencari sumber sumber baru selain dari sumber pendapatan yang sedia ada, (pekerjaannya sekarang yang mana selalunya tidak dapat mencukupi untuk perbelanjaan harian apatah lagi untuk memenuhi keinginan diri sendiri ataupun ahli keluarga.

Disini saya ingin berkongsi untuk anda mencuba,mencari dan belajar bagaimana pertukaran matawang asing mungkin dapat membantu anda untuk mencukupkan kekurangan pendapatan anda dan juga mungkin dapat memenuhi kemahuan anda,

Anda mungkin mengatakan terlalu banyak penipuan di internet.. tetapi pertukaran matawang asing adalah satu cara yang mana anda tidak perlu untuk mencari downline ,promote atau sebagainya berbanding perniagaan internet lain dan juga MLM.

Dalam perniagaan matawang asing ,apa yang penting adalah diri anda sendiri,tanpa melibatkan orang lain, tidak seperti program internet yang lain.. lebih untuk mencari downline.. dalam perniagaan matawang  segala untung dan rugi adalah ditanggung oleh anda sendiri.

Saya disini adalah untuk berkongsi pengalaman untuk mereka yang ingin mencuba perniagaan ini dan juga untuk mereka yang berani.. Ini adalah perniagaan ini adalah high return tetapi juga High risk.